SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSS MELAKA KAWASAN JASIN 2015

Monday, March 30, 2015

TAHNIAH....

Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Balapan & Padang Kawasan Jasin muncul Naib Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Balapan & Padang MSS Negeri Melaka dengan kutipan 11 Emas 13 Perak 15 Gangsa.

Disamping itu, atlet dari Kawasan Jasin iaitu Nur Izzati binti Mohamad telah muncul sebagai Peserta Terbaik Kategori Perempuan bawah 18 tahun dan Olahragawati Negeri Melaka.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua guru & atlet yang telah menyumbang kepada kejayaan Kontinjen Kawasan Jasin.

Tuesday, March 24, 2015

SELAMAT BERJUANG

SELAMAT BERJUANG KEPADA KONTINJEN MSS KAWASAN JASIN DI KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSS MELAKA MULAI 23 HINGGA 26 MAC 2015 BERTEMPAT DI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

"GEGAU JASIN GEGAU"

Sunday, March 15, 2015

MAKLUMAN TERKINI

  • ANDA BOLEH MENDAPATKAN JADUAL OLAHRAGA KEJOHANAN NEGERI DI TAB SEBELAH KIRI ANDA 
  • SEMUA ACARA BALINGAN AKAN DIADAKAN PADA 23 / 03 / 15 (ISNIN)  DI SMK SERI KOTA. 
  • KEPADA PENGURUS PASUKAN YANG ATLET LAYAK KE PERINGKAT NEGERI..SILA SEDIAKAN :
  1. SALINAN KAD PENGENALAN @ SURAT BERANAK
  2. SURAT KEBENARAN IBUBAPA
  • SERAHKAN KPD PENGURUS KAWASAN JASIN PADA 24 / 03 / 15 (SELASA) DI STADIUM HANG JEBAT

Tuesday, March 10, 2015

MAKLUMAN


ALBUM KEJOHANAN UNTUK TATAPAN ANDA -part 1

Untuk kemudahan anda, pihak kami sediakan satu link khas untuk capaian ke koleksi foto-foto kejohanan tempoh hari.
Kredit kepada jurufoto utama : Cikgu Norhairi (SMKDB) dan Cikgu Hasnita (SKAB)

Klik pada link di bawah untuk paparan:
ALBUM MSSM KAWASAN JASIN 2015

KERJA-KERJA PASCA KEJOHANAN

Merujuk pada respon yang diterima, pihak kami memaklumkan beberapa tugasan pasca kejohanan yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Menyediakan laporan lengkap buku kejohanan dalam bentuk softcopy ( boleh di download) dan hardcopy bagi tujuan rujukan.
2. Proses penyisihan foto-foto semasa kejohanan.
3. Memuat naik sejumlah foto kejohanan yang telah siap disisihkan.
Diharapakan tuan/puan dapat menantinya dengan sabar. Senyum selalu.
Terima kasih.

Thursday, March 5, 2015

TERIMA KASIH

Pihak pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atlit, dan petugas yang terlibat. Begitu juga kepada ibubapa, orang ramai dan juga penyumbang-penyumbang yang menyokong kejohanan ini berjalan lancar.
Apalah makna kejohanan ini tanpa anda semua.
Selepas dari tarikh ini, beberapa perkara pasca kejohanan akan dilakukan. Ikuti perkembangan nya.

YB KAWASAN BEMBAN HADIR MEMERIAHKAN LAGI MSSD JASIN2015


Kehadiran YB Datuk Ng Choon Koon, ADUN kawasan Bemban memeriahkan lagi kejohanan ini. Beliau bersama-sama dengan tetamu kehormat yang lain termasuk pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar sekolah seluruh Jasin.

Wednesday, March 4, 2015

KEMUNCAK ACARA

Sessi petang ini semakin hangat menjadi klimaks kejohanan 2015. Beberapa acara akhir yang menawarkan sejumlah 12 emas lagi bakal mengubah keputusan akhir pungutan pingat bagi sekolah-sekolah yang bertanding.

SATU REKOD NEGERI TELAH DIPECAHKAN

Acara Lompat Tinggi P18 hari ini melakar sejarah apabila Azwa Suraya Bt. Adan dari SMK Datuk Bendahara berjaya mencatatkan lompatan 1.51m mengatasi rekod Negeri Melaka 1.50m.

HARI KETIGA KEJOHANAN

Salam sejahtera.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Kejohanan Balapan dan Padang, MSS Daerah Jasin bagi tahun 2015. Acara 10,000 meter jalan kaki menjadi acara pertama yang dilangsungkan pagi ini.
Pasukan-pasukan sekolah mengatur strategi untuk menambah kutipan pingat pada hari terakhir kejohanan.
Selamat berjuang untuk semua atlit dan pasukan yang terlibat.

3 REKOD BARU UNTUK SESSI PETANG

Berikut 3 lagi rekod kejohanan telah dipecahkan ,

1.NURUL  ALYAMAISARAH BINTI NORRUDIN -SK BATANG MELAKA .
ACARA 80M LARI BERPAGAR - REKOD 16.27S (16.50S-2014)

2.NUR AIN BT. ZULKIFLI - SMKDB. 
ACARA 100M LARI BERPAGAR - REKOD 0.20.35S ( 21.58S - 2014) 

3. AKMAR AMNI BT. ABD. RASID - SMKDB.
ACARA LONTAR PELURU - REKOD 7.18M ( 6.58M -2014)



Tuesday, March 3, 2015

SATU LAGI REKOD BARU MENJELANG REHAT TENGAHARI

Menjelang rehat tengahari ini, satu rekod lagi dipecahkan menerusi acara Lompat Jauh - Lelaki 10. FARITH DANIAL BIN ISMAIL membuat catatan 3.85m memecahkan rekod sebelum ini 3.81m. Farith dari SK Chinchin kini memegang rekod baru bagi acara Lompat Jauh kategori Sekolah Rendah bawah 10 tahun.

REKOD BARU LONTAR PELURU

Pagi ini kecemerlangan MSSD diteruskan lagi dengan satu rekod baru dicipta oleh Chong Jun Xiang dari SMK Simpang Bekoh dengan catatan 10.93m mengatasi rekod sebelumnya 10.85m.

Jadual Aturcara

Berikut adalah Jadual Aturcara yang akan berlangsung esok 4 Mac 2015. Kedua-dua jadual tersebut boleh dirujuk pada bahagian kiri blog ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan pada pagi nya sebelum acara berlangsung.
Segala kerjasama tuan/puan amat kami hargai.

Terima kasih.

DUA REKOD LAGI MENJELANG BERAKHIRNYA HARI PERTAMA MSSJ

Menjelang berkahirnya acara-acara pada hari ini, dua lagi rekod baru dicipta. Kedua-duanya dari kategori 4x100m Perempuan 15 dan Perempuan 18. Kedua-dua rekod baru itu dicipta oleh atlit-atlit SMK Datuk Bendahara.

Rekod Ketiga Hari ini.

Rekod Ketiga yang dipecahkan hari ini adalah dalam acara 4x100m Kategori Perempuan 12 tahun. Catatan sebelum ini adalah 1.03.07s telah dipecahkan oleh peserta-peserta dari SK Masjid Baru.

Monday, March 2, 2015

SESSI PETANG DIMULAKAN

Acara petang dimulakan dan boleh diikuti dari Link Kiri anda. Selamat berjuang pada atlit-atlit sekalian.

MSSJ berhenti Rehat

Semua acara yang dipertandingkan akan berhenti rehat dan akan disambung semula pada jam 2:30 petang. Kita bersambung siaran selepas ini.

Rekod Terbaru di dalam Saringan

SK Kesang Tua telah menamatkan cabaran saringan separuh akhir Kategori Lelaki 12, dengan catatan yang agak memberansangkan iaitu 58.53s mengatasi rekod MSS Jasin 58.85s sebelum ini.

Rekod Baru MSS Jasin -Lontar Peluru

Rekod MSS Jasin telah dipecahkan oleh Muhd. Izamuddin B. Hasbullah dengan catatan 10.75m mengatasi rekod sebelum ini iaitu 10.42m.

Tahniah!

MAKLUMAN BUAT SEMUA KONTINJEN DAN PENGURUS

Kepada semua pengurus dan yang berkenaan , anda boleh mengikuti keputusan terkini di blog ini dengan "Klik" ke Acara-acara yang tertera di BAHAGIAN KIRI blog ini.
Kepada pengguna android atau Handphone, anda boleh mengikutinya dengan akses yang sama, namun perlu diubah kepada "web version" untuk interface yang lebih jelas.

Alamat Blog : mssmjasin2015.blogspot.com
Sekian
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat Pagi semua.
Hari ini bermula lah Kejuhanan MSS Daerah Jasin 2015.
Pihak Penganjur berharap perjalanan acara ini akan berjalan lancar.
Selamat bertanding, Majulah sukan untuk negara.

Admin